Saturday, August 27, 2005

suatu subuh

dining hari mengingatkan aku pada suatu kenangan,
suatu kegemilangan yang pernah di capai,
suatu kegembiraan...
dan detik itu akan sentiasa diingatti
walau diri dimamah usia..

sekarang aku masih lagi mencari keje...
memang susah mencari keje sekarang,
dah banyak resume yg aku dah hantar
tapi nampaknye belum ade rezeki lagi...
aku akan berusaha lagi...

Sunday, August 21, 2005

hujung minggu

pagi2 aku dah bangkit dari tidur, seawal 4 pg coz menyediakan slide untuk presentation seminar hari selasa minggu depan, kali ini aku buat last minit coz aku merupakan salah sorang ahli jawatankuasa, so sibuk dengan keje2 untuk memastikan seminar berjalan dengan baik dan hanya inilah masa yang terluang untuk aku bereskannya, tak tahulah masa present nanti, dan seperti hujung2 minggu yang lain, aktiviti tetapku 'senam earobik' di taman tasik berjalan seperti biasa. kat sinilah aku dapat sihatkan badan, bukan apa sekadar menyahut seruan kerajaan bagi membentuk masyarakat cergas dan sihat..hahahaha. sampai petang aku tak kemana2, just duk siapkan slide jea..mcm2 aku tambah, akhirnya aku mintak pandangan dari kak seri..banyak sangat pilihannya..amacam akak?yang mana satu pilihan hati?..hehehehehe.
kisah sedih aku tinggalkan,biar ia jadi kenangan untuk aku tempuhi masa2 mendatang, pengalaman yang dibayar dengan air mata akan lebih bermakna di masa depan

Friday, August 19, 2005

....hati....

sedih
pilu
kecewa
air mata hanya mampu mengalir dihati

Monday, August 15, 2005

perjalanan

....sesungguhnya perjalanan hidup masih jauh..penuh onak dan liku..suka dan duka umpawa warna-warni kehidupan..

Friday, August 12, 2005

jerebu

bangiku yang indah dan damai kini tergugat dengan keadaan jerebu yang makin hari makin meruncing
daripada tak memerlukan pemakaian mask hingga memaksaku memakainya setiap kali keluar dari rumah
keadaan kesihatanku mula mengugat..
akhirnya aku mengambil keputusan untuk meninggalkan seketika bangi dan pulang ke kampung
aku mengharapkan bila aku kembali pada hari ahad nie, keadaan makin pulih...
walaupun jerebu mula melanda pantai timur namun keadaanya lebih membuatkan sedikit selesa..
aku mengharapkan semuanya akan kembali normal secepat yang mungkin...

Tuesday, August 09, 2005

hati tersentuh

kali nie aku bersiaran langsung daripada akademi tentera malaysia,
khabar dah aku sampaikan kepada semua pelajar yang next week adalah kelas terakhir...
dia org mengeluh kata kenapa cepat sangat habis!!!!
nak buat mcm mane..
dah abis sukatan untuk sem ini...
dalam hati bagaikan tersentuh..
ayat yang sedih
'cik mesti rindukan suasana macam nie nanti...'
memang tak dapat dinafikan!!!!
sejak aku mengajar kat sini, hidup aku dipenuhi dengan kebahagian..
balik mesti tersenyum jea..
walaupun dia org agak nakal tapi baik dan kenakalan dia org yang membuatkan aku bahagia
tapi takkan nak tunjuk, simpan dan sematkan kat hati
hanya sekuntum senyuman mampu aku hadiahkan...

Monday, August 08, 2005

alamanda....

lama betul aku tak pergi jalan...
so aku peruntukkan satu minggu untuk relax..
minggu nie banyak betul tempat yang aku pergi...
2 hari ke KL berturut2...
hari pertama aku habiskan satu hari bertemu kawan baik ku...
walaupun kita org dekat jea tapi si indigotulip nie sibuk sangat..
akhirnya dapat jugak jumpa dia...
berborak2 dan jalan...
keesokkan hari aku temankan kawan g interview...
semalam aku ke alamanda mencari kasut...
setelah penat mencarinya di kajang...
kat alamanda jugak aku jumpa kasut yang berkenan di hati...
hehehehehehe....jauh betul perjalanan mencari kasut nie

Tuesday, August 02, 2005

khabaran kurang menyenangkan...

hari nie aku kat ATMA, seperti biasa ada lab kat sini...
aku dikhabar dengan kenyataan yang kurang menyenangkan..
tapi realiti yang terpaksa aku terima dengan hati yang lapang...
baru aku sedar rupanya sukatan makmal dah hampiri ke penghujung...
mean keje aku dah habis untuk sem nie...
dan bermula 15 hb nanti aku dengan rasminya akan memegang jawatan penganggur pulak...sedihnya....

Monday, August 01, 2005

perancangan...

terfikir sejenak tentang perancangan masa depan...
targetku untuk mendapatkan pekerjaan tetap...
walaupun aku dah bekerja sekarang, namun statusku hanya part-time...
kalu student cuti, maka poketku kering ibarat gurun sahara...
aku dah banyak hantar resume, may be bukan rezeki aku lagi...
aku akan cuba lagi, buat sapa2 yang kata graduan memilih keje, nampaknya aku bukan tergolong dalam golongan itu...
aku pernah mintak keje walaupun hanya assistant lab tapi dia org tak nak kasi coz kelulusan aku lagi tinggi...
aku pernah juga keje sebagai sales girl..asal nama keje halal semua aku rembat..
i hope one day i got a good job...
insyaAllah....